14 mangsa banjir di Jasin dipindahkan ke PPS

Keadaan rumah penduduk yang dinaiki air di Kampung Lanchang, Jasin.
Keadaan rumah penduduk yang dinaiki air di Kampung Lanchang, Jasin.
A
A
A

JASIN - Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat daripada 12 kepada 14 orang mangsa selepas PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat di sini, dibuka sejak malam Rabu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, mereka yang ditempatkan di PPS itu merupakan lima keluarga yang terkesan disebabkan rumah dinaiki air.

Jumlah keluarga yang dipindahkan meningkat kepada lima keluarga berbanding empat keluarga yang dipindahkan selepas PPS dibuka bermula jam 8 malam tadi.

"Tiga kampung yang terjejas termasuk Kampung Lanchang, Kampung Tasek dan Parit Penghulu Benteng," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Jelas beliau, kejadian itu berlaku susulan hujan lebat menyebabkan paras air di sungai berhampiran tinggi dan melimpah ke kawasan kediaman penduduk.

"Bagaimanapun, belum ada sebarang PPS dibuka di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah, namun pematauan sentiasa dilakukan," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: