Bersatu, Pas masih bincang pertukaran kerusi PRU15

Hamzah ketika sidang akhbar selepas taklimat Op Banjir di Bukit Aman pada Rabu.
Hamzah ketika sidang akhbar selepas taklimat Op Banjir di Bukit Aman pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas masih dalam peringkat perbincangan mengenai pertukaran kerusi yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainudin berkata, fokus utama adalah memastikan kemenangan setiap calon daripada parti komponen PN.

"Pertukaran kerusi melibatkan Bersatu dan Pas masih dalam perbincangan bagi memastikan agenda kemenangan menjadi keutamaan.

"Kerusi yang dahulunya dimenangi oleh Bersatu, kini mungkin Pas perlukannya, begitu juga sebaliknya, ia menentukan pemimpin berkenaan boleh menang di kawasan-kawasan yang ditandingi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas taklimat Op Banjir di Bukit Aman di sini pada Rabu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini memaklumkan pembahagian kerusi dalam PN bagi menghadapi PRU15 akan selesai dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, satu perbincangan sudah dilakukan sebelum ini, namun tiada keputusan muktamad mengenai pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menghadapi pilihan raya.

Artikel Berkaitan: