Kilang, rumah flat sasaran curi motosikal

Ismail memeriksa barisan pada Perhimpunan Bulanan IPD Seri Alam, hari ini.
Ismail memeriksa barisan pada Perhimpunan Bulanan IPD Seri Alam, hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Kawasan kilang dan perumahan terutama flat menjadi sasaran utama penjenayah mencuri motosikal di daerah Seri Alam.

Ketua Polisnya, Superintendan Ismail Dollah berkata kebanyakan kilang tidak menyediakan kawasan parkir menyebabkan pekerja meletakkan motosikal di luar kilang atau kawasan berhampiran.

"Kita telah kenalpasti kawasan-kawasan sasaran penjenayah curi motosikal iaitu kawasan kilang di mana sesetengahnya tidak menyediakan kawasan parkir motosikal jadi pekerja meletakkan motosikal di luar kilang atau kawasan berhampiran.

"Selain itu kawasan rumah flat juga jadi sasaran di mana motosikal diletak secara terbuka di bahagian bawah bangunan. Lima minit saja sudah lesap.

"Jadi dalam operasi kita tumpu kepada kawasan-kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, hari ini.

Ismail menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawainya pada Perhimpunan Bulanan IPD Seri Alam, hari ini.
Ismail menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawainya pada Perhimpunan Bulanan IPD Seri Alam, hari ini.

Menurutnya, indeks jenayah juga menunjukkan peningkatan bagi sehingga hari ini dengan 70 kes berbanding tahun lalu

"Tahun lepas ada 351 kes tahun ini 421 peningkatan 70 kes. Daripada 70 kes itu, 69 kes adalah curi motosikal dan satu kes samun rumah.

Artikel Berkaitan:

"Jadi anggota saya akan tumpukan kepada kes motosikal ini di mana kita mahu turunkan kadar peningkatan kes," katanya.

Katanya, kesemua penjenayah yang ditahan terlibat dalam kes mencuri motosikal ini bukan daripada rangkaian sindiket sebaliknya untuk kegunaan peribadi.

"Tahun ini memang semua yang ditangkap curi motosikal untuk guna sendiri pergi kerja bukan sindiket.

"Macam sebelum ini ada rekod kes di mana penjenayah terus meleraikan motosikal tersebut dan jual alat ganti sebab itu susah nak kesan," katanya.

Namun beliau tidak menafikan cuai turut menjadi salah satu faktor menyumbang kepada kes tersebut.

Ismail menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawainya pada Perhimpunan Bulanan IPD Seri Alam, hari ini.
Ismail menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawainya pada Perhimpunan Bulanan IPD Seri Alam, hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya menubuhkan satu pasukan yang dianggotai 12 anggota dan seorang pegawai bagi menyelesaikan kes tersebut.

"Saya wujudkan satu 'task force' dipanggil Ops Lejang di mana saya beri tempoh dua bulan kepada anggota saya untuk selesaikan kes ini.

"Memang pasukan ini sudah ada tapi kali ini dalam skala yang besar di mana semua balai digabungkan," katanya.

Beliau menasihatkan orang awam terutama pemilik motosikal menggunakan kunci pendua dan meletakkannya di kawasan selamat.

Dalam perhimpunan itu, seramai 36 anggota, pegawai, ahli Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan orang awam menerima sijil penghargaan.