Pentadbiran Melaka berjalan seperti biasa

Pentadbiran kerajaan Melaka berjalan seperti biasa dan tiada sebarang perubahan selepas pembubaran Parlimen pada Isnin. - Gambar fail Bernama
Pentadbiran kerajaan Melaka berjalan seperti biasa dan tiada sebarang perubahan selepas pembubaran Parlimen pada Isnin. - Gambar fail Bernama
A
A
A

MELAKA - Pentadbiran kerajaan Melaka berjalan seperti biasa dan tiada sebarang perubahan selepas pembubaran Parlimen pada Isnin.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Zaidi Johari berkata, bagaimanapun ia hanya melibatkan pembubaran di enam kerusi Parlimen sahaja termasuk Masjid Tanah, Alor Gajah, Hang Tuah Jaya, Jasin, Parlimen Tangga Batu dan Kota Melaka.

"Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka tidak terkesan dan tidak ada perubahan kerana telah melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November lalu.

"Malah Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan menjalankan tugas seperti biasa tanpa sebarang perubahan," katanya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa semalam untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ismail Sabri mengumumkan perkara itu secara langsung menerusi saluran televisyen tempatan jam 3 petang pada Isnin.

Artikel Berkaitan: