Tiada mogok, HTAA beroperasi seperti biasa

Keadaan HTAA dalam keadaan tenang dan operasi masih berjalan seperti biasa.
Keadaan HTAA dalam keadaan tenang dan operasi masih berjalan seperti biasa.
A
A
A

KUANTAN - Keadaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) tenang dan semua perkhidmatan perubatan berjalan lancar seperti biasa.

Tinjauan Sinar Harian mendapati tiada sebarang aktiviti mogok membabitkan doktor kontrak di hospital berkenaan biarpun dilaporkan kemungkinan berlaku mogok dalam kalangan mereka selama tiga hari mulai Isnin lalu.

Berdasarkan pemerhatian, kesemua unit perkhidmatan kesihatan di hospital berkenaan seperti Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kecemasan dan Trauma dan lain-lain beroperasi seperti sedia kala.

Selain itu, pekarangan luar lobi hospital juga kelihatan sesak dengan kehadiran pesakit.

Pesakit sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan di HTAA.
Pesakit sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan di HTAA.

Pengawal keselamatan di hospital terbabit turut memaklumkan setakat tiga hari ini, tiada kawalan ketat dilakukan sebaliknya hanya melakukan mereka kerja-kerja kawalan.

Seorang pengunjung, Azizah Talib, 59, memaklumkan tidak mempunyai masalah untuk mendapat rawatan di hospital ini.

"Saya baru sahaja jumpa doktor hari ini, mereka baik sahaja menjalankan pemeriksaan terhadap saya dan pesakit lain.

"Saya puas hati dengan khidmat dan layanan doktor di hospital ini," ujarnya yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan lelah.

Difahamkan Mogok doktor kontrak Malaysia yang diadakan pada Isnin hingga Rabu, walaupun dilarang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mogok doktor Malaysia menerusi hantaran di Instagram meminta semua pihak yang menyokong gerakan yang dilakukan untuk memakai pakaian berwarna hitam.