Reman jurujual, pembantu rumah dera kanak-kanak dilanjut

Laporan Sinar Harian pada 3 Oktober lalu.
Laporan Sinar Harian pada 3 Oktober lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tempoh reman terhadap seorang jurujual kenderaan dan pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki mendera seorang kanak-kanak berusia tiga tahun sehingga maut di Taman Skudai di sini pada 2 Oktober lepas, disambung enam hari lagi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kedua-dua suspek disambung reman mulai esok hingga 16 Oktober untuk melengkapkan siasatan dengan lebih terperinci.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih dalam siasatan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Sebelum ini, lelaki berusia 28 tahun dan wanita berumur 40 tahun itu direman tujuh hari hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dilaporkan bapa mangsa meminta bantuan daripada lelaki terbabit yang juga rakannya untuk menjaga dua anak mereka termasuk mangsa sejak tiga bulan lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: