Tiada lagi sidang Dewan Rakyat: Azhar

Azhar Azizan
Azhar Azizan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun telah menerima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa pada Isnin.

Beliau berkata, Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen itu ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalankan kuasa yang diberikan kepada baginda di bawah Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu, Persidangan Majlis Dewan Rakyat, Persidangan Kamar Khas, Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas yang telah dijadualkan sebelum ini adalah dibatalkan selaras dengan pembubaran Parlimen ke-14.

"Justeru, urusan selanjutnya akan terletak pada bidang kuasa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk melaksanakan proses Pilihan Raya Umum," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin, mengumumkan Parlimen dibubarkan serta-merta untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ismail Sabri mengumumkan perkara itu secara langsung menerusi saluran televisyen tempatan jam 3 petang.

Artikel Berkaitan: