KJ sedia bertanding di mana-mana Parlimen

Khairy semasa berucap pada Majlis Penyerahan Projek Tebatan Banjir HRPZII di Kota Bharu pada Isnin.
Khairy semasa berucap pada Majlis Penyerahan Projek Tebatan Banjir HRPZII di Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sedia bertanding di mana-mana kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan kerusi yang akan ditandinginya.

"Sebagai ahli parti jika diminta untuk pergi ke mana-mana, kita akan pergi," katanya semasa sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Projek Tebatan Banjir Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini pada Isnin.

Menurut Khairy, setakat ini pemimpin tempatan yang ramai menawarkan kerusi Parlimen untuk ditandinginya pada PRU15.

Sebelum ini, Khairy ditawarkan untuk bertanding di Parlimen Port Dickson, Seremban dan Alor Setar.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu terpaksa meninggalkan kerusi itu selepas Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu bertanding di Rembau.

Pada PRU14 lepas, Khairy memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan menewaskan pencabarnya dari Pas dan PKR dengan memperoleh 36,096 undi.

Artikel Berkaitan: