1,445 kes baharu Covid-19, dua kematian

Sebanyak 1,445 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan lapan daripadanya merupakan kes import. Foto 123RF
Sebanyak 1,445 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan lapan daripadanya merupakan kes import. Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 1,445 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan lapan daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak dua kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan satu daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,400 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 22,772 kes, dengan 21,768 atau 95.6 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah dan seramai 967 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 37 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 22 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan ialah 1,800 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,795,804 kes.

Artikel Berkaitan: