Hujan berterusan, tiga daerah di Sabah dilanda banjir kilat

Antara jalan di sekitar Kota Kinabalu dinaiki air selepas hujan berterusan sejak lima jam lalu.
Antara jalan di sekitar Kota Kinabalu dinaiki air selepas hujan berterusan sejak lima jam lalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Hujan berterusan sejak lima jam lalu menyebabkan beberapa lokasi di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Papar dilanda banjir kilat pada Ahad.

Antara lokasi yang dinaiki air termasuk Jalan Sulaman, Jalan Tebobon dan Jalan Salut manakala di Penampang membabitkan jalan Bulatan Siga dan Lido serta kawasan Kinarut, Papar.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah memaklumkan, terdapat sembilan penduduk dari Kampung Mansiang, Manggatal, terperangkap selepas dua rumah mereka dinaiki air dan terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.

Antara lokasi yang dinaiki air di Penampang.
Antara lokasi yang dinaiki air di Penampang.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat jam 8 malam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan berlaku kejadian tanah runtuh berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Langkawit, Papar namun bangunan sekolah tidak terjejas.

Tanah runtuh berhampiran SK Langkawit, Papar menyebabkan sebuah rumah terkena hakisan tanah runtuh.
Tanah runtuh berhampiran SK Langkawit, Papar menyebabkan sebuah rumah terkena hakisan tanah runtuh.

"Runtuhan itu membabitkan tanah bukit berhampiran dan hanya melibatkan kawasan rumah penduduk berhampiran tetapi tidak kritikal.

Artikel Berkaitan:

"Hanya sebuah rumah yang terancam tetapi tiada pemindahan dibuat dan setakat ini pihak bomba nasihatkan penduduk supaya berpindah ke kawasan selamat," katanya.