Terpaksa berhutang untuk beli susu anak koma

Sauni dan Borhan di sisi anak mereka yang terlantar sejak lebih setahun lalu akibat kemalangan.
Sauni dan Borhan di sisi anak mereka yang terlantar sejak lebih setahun lalu akibat kemalangan.
A
A
A
BACHOK - Kesempitan hidup meresahkan suami isteri di Kampung Pengkalan Chengal, Perupok di sini, yang perlu menyediakan kos penjagaan anak mereka yang koma sejak lebih setahun lalu.

Anak sulung mereka, Nor Fatini Dania Borhan, 16, terlantar di rumah akibat kemalangan membabitkan dua motosikal di Tawang, pada April tahun lepas.

Sauni Che Harun, 39, berkata, kemalangan itu memaksa keluarganya menyediakan sejumlah RM40,000 untuk kos rawatan awal Nor Fatini Dania.

Menurutnya, atas ihsan masyarakat dan pelbagai pihak ketika itu, pembedahan dapat dilakukan.

“Setahun dia koma kerana mengalami saraf otak, beberapa bulan lepas dia tunjukkan perubahan tapi masih belum mampu bercakap.

“Saya tak boleh ke mana-mana kerana perlu melihat keadaan dia, ada ketika dia mengalami kekejangan,” katanya.

Sauni berkata, suaminya, Borhan Mat Nawi, 49, yang bekerja sebagai petani tidak mempunyai pendapatan pada musim tengkujuh

Mujur katanya, bantuan bulanan RM300 yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat meringankan sedikit bebanan mereka.

“Untuk tiub susu, saya kena sediakan RM230 untuk enam bulan. Anak saya memerlukan 15 tin susu khas sebulan yang mana satu tin berharga RM84.
Artikel Berkaitan:


“Bila bekalan susu habis, kena ikhtiar juga walaupun terpaksa berhutang dengan jiran kerana bekalan susu tak boleh putus, itu sahaja makanannya buat masa ini,” katanya.