Pasangan kembar siam dari India nekad enggan berpisah

Pasangan kembar siam Shivanath dan Shivram Sahu dari India gembira menjalani kehidupan bersama. - Foto Basit Umer/Barcroft Images
Pasangan kembar siam Shivanath dan Shivram Sahu dari India gembira menjalani kehidupan bersama. - Foto Basit Umer/Barcroft Images
A
A
A

BALODA BAZAR - INDIA. Pasangan kembar siam Shivanath dan Shivram Sahu yang menyambut harijadi ke-18 baru-baru ini berkata, tiada langsung rasa kesal setelah menolak tawaran menjalani pembedahan bagi memisahkan mereka berdua.

Berasal dari Kampung Khenda di daerah Baloda Bazar India, pasangan kembar siam terbabit mendapat perhatian ramai setelah video menunjukkan mereka menguruskan diri sendiri dikongsi di laman sosial pada tahun 2014.

Ekoran penyebaran video tersebut, pasangan kembar siam yang bercantum di bahagian pinggang dan berkongsi sepasang kaki itu telah didatangi beberapa orang doktor yang menawarkan khidmat untuk menjalankan pembedahan bagi memisahkan mereka.

Namun, kedua-dua mereka enggan dipisahkan dan nekad untuk meneruskan kehidupan sebagai pasangan kembar siam.

Shivanath dan Shivram kini dilaporkan terlalu tua untuk menjalani pembedahan berkenaan, namun mereka tetap gembira dengan keputusan yang telah diambil.

"Kami tidak mahu berpisah, apa yang kami miliki ialah anugerah istimewa daripada Tuhan dan kami umpama dua jasad yang mempunyai satu jiwa," kata pasangan kembar berkenaan ketika temuramah bersama stesen televisyen, Barcroft TV.

Walaupun terpaksa menjalani kehidupan sedikit berbeza daripada orang normal, Shivanath dan Shivram mampu menguruskan keperluan seharian mereka termasuk mandi, makan dan merapikan diri.

Anak kepada pasangan Raj Kumar dan Srimati itu juga merupakan antara pelajar cemerlang di sekolah dan menjadi kebanggaan keluarga.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, keistimewaan yang dimiliki turut menjadikan mereka kesayangan penduduk kampung. - Agensi