'Lucut jawatan jika bersalah': Aminuddin

Aminuddin Harun
Aminuddin Harun
A
A
A

SEREMBAN - Tindakan tatatertib termasuk pelucutan jawatan boleh dikenakan terhadap ahli majlis wanita yang dikatakan melindungi serta bersekedudukan bersama lelaki warga asing yang tidak memiliki dokumen sah, jika didapati bersalah.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihak kerajaan negeri setakat ini masih menunggu hasil siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Saya juga dimaklumkan dia masih lagi dalam siasatan dan sudah dipanggil memberi keterangan pada hari ini dan kita serahkan siasatan ini kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

"Saya mengambil serius sebarang isu yang dikaitan dengan ahli majlis, namun lebih adil jika siasatan sudah selesai dan baru kita ambil tindakan kepada anggota tersebut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang ahli majlis wanita di Tampin dipercayai melindungi lelaki warga asing yang tidak memiliki dokumen sah, selain didakwa bersekedudukan di sebuah rumah di Gemas.- Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli majlis ditahan lindungi, bersekedudukan warga asing

Artikel Berkaitan: