Derbi Lembah Klang Selangor, Kuala Lumpur curi tumpuan

Barisan pemain Selangor.
Barisan pemain Selangor.
A
A
A

PERLAWANAN kedua saingan Piala Emas Raja-Raja 2022 kembali menyingkap tirai pada Sabtu dan Ahad.

Derbi Lembah Klang, Selangor menentang Kuala Lumpur di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) antara perlawanan tumpuan minggu kedua saingan Kumpulan C kejuaraan edisi 100 yang menyingkap tirai pada Sabtu.

Misi berbeza kedua-dua pasukan dengan satu matlamat iaitu tiga mata, Selangor bertekad meneruskan momentum positif, manakala juara Piala Agong, Kuala Lumpur masih memburu kemenangan pertama musim ini.

Satu lagi aksi Kumpulan C pula menyaksikan MySPRM-ACe10 melayan kunjungan PB PDRM yang mengejutkan Kuala Lumpur sebelum ini di Stadium USIM.

Barisan pemain Kuala Lumpur.
Barisan pemain Kuala Lumpur.

Aksi Kumpulan A tumpuan pastinya terarah kepada pertemuan dua pasukan teratas ATM menentang Negeri Sembilan ASJ Teguh di Stadium Mini Tampin.

Satu lagi perlawanan melibatkan perlawanan antara Kilat TNB menentang Melaka di Stadium Uniten.

Perlawanan Kumpulan D juga tidak kurang menjanjikan saingan sengit melibatkan perlawanan Perak menentang Kedah di Padang Perak Chinese Recreation Centre.

Artikel Berkaitan:

Sementara satu lagi aksi Perlis menentang Pulau Pinang di Stadium Tuanku Syed Putra.

Saingan Kumpulan B pula Bomba Malaysia menentang Jakim Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Satu lagi aksi yang tidak kurang sengit membabitkan perlawanan menyaksikan juara Pahang berdepan Kelatan di Stadium Mini Akademi Mokhtar Dahari pada Ahad.