HSN 2022 UiTM meriah

Mohd Sazili melepaskan peserta yang mengambil bahagian dalam Amazing Race sekitar kampus UiTM Shah Alam pada Jumaat.
Mohd Sazili melepaskan peserta yang mengambil bahagian dalam Amazing Race sekitar kampus UiTM Shah Alam pada Jumaat.
A
A
A

PUSAT Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat UiTM di Dewan Kompleks Sukan UiTM Shah Alam pada Jumaat.

Menurut Pegawai Sukan Kanan Pusat Sukan UiTM, Shahrin Ismail, seramai lebih 500 staf dan pelajar terlibat dalam program tersebut.

“Antara pengisian program ialah aktiviti senamrobik, pemeriksaan kesihatan, konsultasi pemakanan daripada Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) dan Amazing Race sekitar kampus UiTM Shah Alam.

“Sebanyak 31 pasukan mengambil bahagian dalam Amazing Race yang menyaksikan juara dimenangi Super Sonix, naib juara Hey Itu Biasa manakala tempat ketiga milik Team Panjat Zone,” katanya pada Jumaat.

Untuk rekod HSN UiTM pertama kali diadakan secara rasmi pada 10 Oktober 2015 di Padang Kawat UiTM Shah Alam.

HSN disambut Sabtu minggu kedua Oktober setiap tahun, untuk permulaan gaya hidup sihat serta ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan.

Majlis perasmian program disempurnakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, Prof Dr Mohd Sazili Shahibi yang juga turut serta dalam aktiviti senamrobik dan pemeriksaan kesihatan.

Turut hadir Bendahari UiTM, Mazlan Hashim; Pengarah Pembangunan Pelajar Dr Shahsuzan Zakaria; Pengarah Pusat Sukan, Ahmad Tarmizy Mohammed dan ketua-ketua jabatan HEP UiTM.

Artikel Berkaitan: