Bajet 2023: PDRM fokus perkasa kualiti perkhidmatan

Acryl Sani
Acryl Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peruntukan dan inisiatif kerajaan menerusi Bajet 2023 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dimanfaatkan dalam memperkasa kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menzahirkan ucapan penghargaan kepada kerajaan persekutuan atas peruntukan dan inisiatif yang diumumkan menerusi Bajet 2023.

Menurutnya, perkhidmatan yang terbaik akan diberikan kepada keluarga besar Malaysia dalam memelihara ketenteraman dan keamanan negara.

"Penubuhan Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) yang diumumkan menerusi Bajet 2023 amat dialu-alukan.

"NSRC ini menggabungkan kerjasama PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Acryl Sani berkata, pihaknya turut menzahirkan penghargaan atas inisiatif kepada pesara polis menerusi diskaun melibatkan pengangkutan awam.

"PDRM menyambut baik pemberian 50 peratus diskaun pengangkutan awam di bawah kendalian Prasarana.

"Inisiatif ini melibatkan 21,000 pemegang kad pesara polis dan veteran ATM di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang," katanya.

Artikel Berkaitan: