Kadar inflasi cecah 10 peratus jika tiada subsidi RM77 bilion

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar inflasi negara boleh mencecah 10 peratus sekiranya kerajaan tidak memperuntukkan jumlah bantuan dan subsidi sebanyak RM77 bilion sepanjang tahun ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ekoran kadar inflasi tinggi dihadapi negara-negara lain terutamanya Amerika Syarikat yang mencecah lapan peratus, dasar monetari mereka telah diketatkan secara agresif dengan kadar faedah dinaikkan sebanyak 300 mata asas tahun ini.

Berikutan itu pemulihan ekonomi negara yang terus mengukuh pada tahun ini tetap tidak terkecuali daripada berdepan ketidaktentuan dengan kadar inflasi negara meningkat daripada 2.3 peratus kepada 4.7 peratus pada Ogos tahun 2022 ekoran perkembangan global.

"Pemulihan tahun 2022 bukanlah semata-mata tentang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sahaja malah kehidupan rakyat telah bertambah baik. Kadar pengangguran telah menurun untuk 12 bulan berturut-turut daripada 4.8 peratus pada Julai 2021 kepada 3.7 peratus pada Julai 2022.

"Pun begitu, pemulihan ekonomi yang terus mengukuh tidak terkecuali daripada berdepan ketidaktentuan. Ekoran perkembangan global, kadar inflasi negara meningkat daripada 2.3 peratus pada Januari 2022 kepada 4.7 peratus pada Ogos 2022.

"Jika tidak kerana bantuan dan subsidi kerajaan sebanyak RM77.7 bilion, kadar inflasi Malaysia sepatutunya lebih tinggi dan boleh mencecah 10 peratus," katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Artikel Berkaitan: