Ahmad Maslan tempelak tindakan 12 menteri PN utus warkah

Ahmad
Ahmad
A
A
A

PONTIAN - Tindakan 12 menteri daripada Perikatan Nasional (PN) mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan pendirian untuk tidak diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun ini disifatkan sebagai tidak wajar.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kesemua anggota kabinet PN sepatutnya menyuarakan apa juga pandangan mereka termasuk berhubung pendirian bagi mengadakan PRU15 ketika mesyuarat kabinet.

"Tindakan anggota kabinet PN itu merupakan sesuatu yang tidak elok dalam pentadbiran kerajaan sekarang. Apabila 12 menteri tulis surat sebegitu, walhal selaku ahli kabinet mereka boleh menyelesaikannya di dalam mesyuarat kabinet.

"Perkara berkaitan tidak bersetuju di dalam kabinet sepatutnya tidak dbincangkan di luar kerana ia melambangkan rasa tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pontian di Dewan UMNO di sini pada Jumaat.

Ahmad (dua dari kiri) hadir Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pontian di Dewan UMNO pada Jumaat.
Ahmad (dua dari kiri) hadir Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pontian di Dewan UMNO pada Jumaat.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, tindakan itu sebenarnya turut memberi gambaran sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri semakin berkurangan dalam kalangan anggota kabinet.

"Semakin kurang keabsahaan. Kalau 100 peratus keabsahaannya sekarang cuma 60 peratus, 40 peratus sudah hilang. Sewajarnya isi kandungan surat dan penghantarannya tidak patut disebarkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Khamis, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengesahkan 12 menteri PN mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan pendirian untuk tidak diadakan PRU15 pada tahun ini.

Mohd Radzi yang juga Menteri Kanan Pendidikan berkata, gabungan menteri PN berpendapat kebajikan rakyat adalah tumpuan utama yang perlu diberi perhatian pada masa ini.