'Alhamdulillah' - Radzi Jidin kongsi foto cetus tanda tanya bertemu Abdul Hadi

Mohd Radzi (dua dari kiri) memuat naik status memaparkan foto pertemuannya bersama Abdul Hadi (tengah). FOTO: Facebook Dr Mohd Radzi Jidin.
Mohd Radzi (dua dari kiri) memuat naik status memaparkan foto pertemuannya bersama Abdul Hadi (tengah). FOTO: Facebook Dr Mohd Radzi Jidin.
A
A
A

SHAH ALAM - Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin yang baharu sahaja dilantik menjalankan tugas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkongsi gambar pertemuan beliau dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Turut kelihatan dalam gambar yang dikongsikan Mohd Radzi ialah Setiausaha Agung Pas merangkap Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris.

Tidak memperincikan lokasi pertemuan dan butiran perbualan, Mohd Radzi memuat naik hantaran tersebut di Facebook dengan kapsyen pendek sahaja.

"Alhamdulillah," katanya pada Rabu.

Sementara itu, Razali turut memuat naik status memaparkan foto pertemuan tersebut di laman Facebooknya.

"Insya-ALLAH,” tulisnya ringkas.

Pada Sabtu lalu, Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MT) Bersatu bersetuju melantik Mohd Radzi dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia tindakan yang perlu diambil dan pilihan terbaik buat masa ini dalam usaha untuk memulihkan perpaduan dan menyelamatkan parti.

Jelas beliau, mesyuarat khas MPT sepakat untuk terus menyokong perjuangan Bersatu, membina semula parti dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Artikel Berkaitan:

Kenyataan itu dibuat selepas parti mengadakan Mesyuarat Khas MPT Bersatu di kediaman rasminya di Bukit Damansara.

Ringkasan AI

  • Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dilantik menjalankan tugas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
  • Bertemu dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang
  • Pertemuan itu juga dihadiri Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan beberapa ahli penting lain
  • Mohd Radzi dan Razali Idris memuat naik gambar pertemuan tersebut di Facebook
  • Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu melantik Mohd Radzi dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Timbalan Presiden untuk memulihkan perpaduan parti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!