Pahang berjaya tarik pelaburan RM2.341 bilion

Wan Rosdy ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang pada Jumaat.
Wan Rosdy ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Pahang berjaya menarik nilai pelaburan yang dianggarkan berjumlah RM2.341 bilion dalam tempoh empat tahun bermula pada 2019.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, nilai pelaburan sejumlah itu diperoleh menerusi Bahagian Pelaburan dan Penswastaan dan Unit Antarabangsa, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan menandatangani Perjanjian Persefahaman melibatkan 11 syarikat dari luar negara seperti Singapura, Thailand dan China.

"Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak tujuh perjanjian pelaburan dengan nilai RM11.01 bilion telah ditandatangani pada tahun ini," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Jumaat.

Sebelum itu, Razali Kassim (BN-Muadzam Shah) yang ingin tahu jumlah pelaburan luar negara yang berjaya dibawa ke negeri ini sejak 2018 sehingga 0gos tahun ini.

Menjawab soalan tambahan Andansura Rabu (Pas- Beserah), Wan Rosdy menjelaskan pelabur yang paling tinggi berjaya diperoleh membabitkan pelaburan pertama di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan di Gebeng.

Beliau menambah, kerajaan Pahang sentiasa memberi tumpuan kepada semua sektor bagi memastikan perolehan negeri bertambah.

Artikel Berkaitan: