Mangsa banjir di Johor kekal 29 orang

Penduduk Kampung Paya Kenangan mengalihkan barangan apabila rumah mereka dinaiki air berikutan banjir kilat ketika tinjauan pada Rabu. - Foto Bernama
Penduduk Kampung Paya Kenangan mengalihkan barangan apabila rumah mereka dinaiki air berikutan banjir kilat ketika tinjauan pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A
JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir kilat yang dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pontian dan Kluang kekal seramai 29 orang setakat jam 4 petang Khamis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memaklumkan, sehingga kini PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom, Pontian, menempatkan 19 penduduk Kampung Parit Haji Mohamad Sanglang.

Sementara, PPS SK Sungai Linau, Kluang, menempatkan 10 pendudk Kampung Sungai Linau.

Banjir kilat melanda Johor susulan hujan lebat melebihi dua jam sejak jam 10 pagi Ahad lepas di dua daerah berkenaan.

Bagaimanapun, cuaca di dua daerah itu dilaporkan mendung hari ini. - Bernama
Artikel Berkaitan: