1,722 kes baharu Covid-19, dua kematian

Sebanyak 1,722 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan lapan daripadanya merupakan kes import. Foto 123RF
Sebanyak 1,722 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan lapan daripadanya merupakan kes import. Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,722 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan lapan daripadanya merupakan kes import.

Jumlah itu menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,848,314 kes sejak pandemik Covid-19 bermula.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak dua kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,387 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 23,038 kes, dengan 22,011 atau 95.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 979 pesakit ditempatkan di hospital dengan 48 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Artikel Berkaitan: