[VIDEO] Presiden UMNO, ADUN BN Johor adakan pertemuan tertutup

Kenderaan membawa Ahmad Zahid memasuki kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Saujana pada sekitar jam 8.15 malam pada Rabu.
Kenderaan membawa Ahmad Zahid memasuki kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Saujana pada sekitar jam 8.15 malam pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Satu perjumpaan tertutup diadakan melibatkan 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada malam Rabu.

Pertemuan tertutup itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Saujana dijadualkan bermula jam 9 malam.

Kenderaan rasmi membawa Presiden UMNO dilihat memasuki pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar kira-kira jam 8.15 malam.

Difahamkan turut hadir menyertai pertemuan tertutup itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian dan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Beberapa kenderaan dilihat memasuki kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana.
Beberapa kenderaan dilihat memasuki kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana.

Menurut sumber UMNO Johor, pertemuan tertutup tersebut diadakan bagi membincangkan pembahagian tugas jentera negeri bagi berhadapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat lalu, membuat ketetapan supaya PRU15 diadakan pada tahun ini.

Artikel Berkaitan: