Syabu catat rampasan, tangkapan tertinggi di Kuala Lumpur

Azmi (empat dari kanan) menunjukkan peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah dalam Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah bertempat di IPK Kuala Lumpur di sini pada Rabu.
Azmi (empat dari kanan) menunjukkan peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah dalam Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah bertempat di IPK Kuala Lumpur di sini pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syabu antara dadah yang mencatatkan rampasan serta tangkapan yang tertinggi di Kuala Lumpur menerusi statistik dicatatkan sejak dari 2005 sehingga 2021 melibatkan nilai sebanyak RM10.85 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, antara faktor dikesan adalah permintaan yang tinggi terhadap dadah tersebut.

"Golongan muda antara pengguna tertinggi dadah jenis syabu atau methamphetamine, rampasan serta tangkapan melibatkan dadah ini melibatkan serbuan di pusat-pusat hiburan.

"Nilai dan jumlah rampasan dadah ini berbeza-berbeza mengikut setiap negeri. Di Kuala Lumpur kita dapati syabu mencatatkan jumlah paling tinggi setakat ini yang melibatkan kawasan Cheras, " katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Azmi (tiga dari kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang dilupuskan dalam Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah bertempat di IPK Kuala Lumpur di sini pada Rabu.
Azmi (tiga dari kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang dilupuskan dalam Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah bertempat di IPK Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Katanya, dadah yang dilupuskan melibatkan kes telah selesai perbicaraan di mahkamah.

"Pelupusan dadah ini melibatkan 2,894 kertas siasatan daripada keseluruhan 242,290 yang dibuka sejak 2005 hingga 2021.

Artikel Berkaitan:

"Antara dadah yang dilupuskan adalah methamphetamine bernilai RM10.85 juta, kanabis (RM3.31 juta), ketamin (RM2.14 juta), MDMA (RM409,000), air ketum (RM11,000) dan pelbagai bahan kimia serta peralatan digunakan memproses dadah," katanya.

Menurutnya, jumlah harga pasaran bagi kesemua dadah dianggarkan bernilai RM16.89 juta.

"Anggaran berat keseluruhan dadah dilupuskan adalah sebanyak 224,638 gram dan 139,295 mililiter.

"Kebolehgunaan kesemua dadah yang dilupuskan ini meliputi 450,000 pengguna," katanya.