Waris lelaki Korea Utara dikesan

Hebahan dijalankan bagi mengesan waris kepada seorang lelaki warga Korea Utara
Hebahan dijalankan bagi mengesan waris kepada seorang lelaki warga Korea Utara
A
A
A

SEPANG - Waris seorang lelaki warga Korea Utara dikesan bagi tujuan penyerahan barangan milik mendiang berupa wang tunai yang dalam simpanan pihak polis.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, waris kepada individu ini diminta menuntut segera barangan ini.

"Individu ini bernama Kim Chol berumur 52 tahun, berasal dari Pyongyang, Korea Utara.

"Sekiranya tiada mana-mana pihak yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mendiang datang menuntut barangan ini dalam tempoh enam bulan dari tarikh penyiaran, kesemua barangan ini akan diserahkan kepada perbendaharaan Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, waris mendiang boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Anuar Hanim di talian 016-4358222.

Artikel Berkaitan: