KHM hargai jasa legenda hoki negara

Subahan (dua dari kiri) menyerahkan jersi skuad hoki negara kepada Yogeswaran (dua dari kanan). Foto FB MHC
Subahan (dua dari kiri) menyerahkan jersi skuad hoki negara kepada Yogeswaran (dua dari kanan). Foto FB MHC
A
A
A

KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) meraikan legenda hoki negara, Datuk R. Yogeswaran dalam satu majlis makan tengah hari di Kuala Lumpur pada Selasa.

Yogeswaran merupakan anggota skuad hoki yang menyumbang pingat gangsa pertama buat negara pada Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia.

Majlis itu dihadiri Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal bersama bersama Timbalannya, Profesor Datuk Dr. S. Shamala.

"KHM sentiasa mengingati, menghargai dan mengenang jasa legenda-legenda hoki negara yang telah banyak menabur bakti kepada sukan hoki di Malaysia," ujar Subahan.

Turut hadir beberapa bekas ketua pasukan hoki negara iaitu Datuk Mirnawan Nawawi, Nor Saiful Zaini dan Stephen Van Huizen.

Pada majlis itu Subahan turut menyerahkan jersi skuad hoki Malaysia terkini kepada Yogeswaran sebagai tanda kenangan.

Subahan (tiga dari kiri) bersama legenda hoki negara sempena majlis makan tengah hari di Kuala Lumpur pada Rabu. Foto FB MHC.
Subahan (tiga dari kiri) bersama legenda hoki negara sempena majlis makan tengah hari di Kuala Lumpur pada Rabu. Foto FB MHC.

Yogeswaran yang dilahirkan di Sungkai, Perak pada 28 Februari 1940 mula berjinak dengan hoki apabila sering bermain bersama pekebun Eropah, askar Melayu Diraja dan guru di padang sekolah Government English School (GES), Tapah.

Artikel Berkaitan:

Pada tahun 1957 ketika usia 17 tahun Yogeswaran menjadi kapten GES untuk memenangi Kejohanan Sekolah Kebangsaan, walaupun cinta pertamanya adalah bola sepak.

Setahun kemudian Yogeswaran telah dipilih untuk mewakili Malaysia dan menyertai kejohanan hoki antarabangsa pertamanya menentang Korea di Stadium Merdeka.

Ini adalah permulaan kerjayanya sebagai pemain hoki yang kemudian menyertai kejohanan antarabangsa lain pada tahun 1961 di Ahmedabad serta beberapa Sukan Asia (Jakarta - 1962, Bangkok - 1966) dan Olimpik (Tokyo - 1964, Mexico -1968).