Peluru berpandu Korea Utara lintasi Jepun

Seorang lelaki menonton televisyen yang menyiarkan laporan berita mengenai Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik melintasi Jepun di Seoul, Korea Selatan pada Selasa. - Foto Reuters
Seorang lelaki menonton televisyen yang menyiarkan laporan berita mengenai Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik melintasi Jepun di Seoul, Korea Selatan pada Selasa. - Foto Reuters
A
A
A

TOKYO - Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak perantaraan (IRBM) yang melintasi Jepun pada Selasa menyebabkan Tokyo mengaktifkan sistem amaran peluru berpandu negara itu dan mengarahkan orang ramai supaya mencari tempat perlindungan.

Kali terakhir Korea Utara melancarkan peluru berpandu yang melintasi Jepun adalah pada tahun 2017.

Tentera Korea Selatan berkata, ia telah mengesan pelancaran peluru berpandu itu yang terbang sekitar 4,500 kilometer (km) pada ketinggian kira-kira 970 km dengan kelajuan sekitar 17 Mach.

"Butiran khusus sedang dianalisis rapi oleh perisikan Korea Selatan dan AS," tambah Ketua Staf Bersama Selatan dalam satu kenyataan.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol menyatakan bahawa pelancaran peluru berpandu itu sebagai provokasi yang melanggar peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu. Sila berpindah ke dalam bangunan atau kawasan bawah tanah," kata kerajaan yang memberikan amaran pada jam 7.29 pagi waktu tempatan.

Stesen penyiar nasional, NHK berkata. amaran itu berkuat kuasa untuk dua wilayah utara negara itu.

"Sebuah peluru berpandu balistik dipercayai telah melintasi negara kita dan jatuh di Lautan Pasifik. Ini adalah satu tindakan keganasan berikutan pelancaran peluru berpandu balistik berulang kali baru-baru ini. Kami mengutuk sekeras-kerasnya perkara ini," kata Perdana Menteri, Fumio Kishida kepada pemberita.

Artikel Berkaitan:

Menteri Pertahanan, Yasukazu Hamada berkata, bahawa Korea Utara pada masa lalu telah melancarkan peluru berpandu Hwasong sebanyak empat kali dan kemungkinan pelancaran tersebut daripada jenis yang sama. - AFPT