Dewan Rakyat lulus RUU berkaitan kesalahan menghendap

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 (Akta 574) bertujuan untuk memperincikan kesalahan menghendap serta jenis hukuman yang boleh dikenakan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor berkata, lebih suara bersetuju untuk bacaan kali ketiga dan diluluskan.

Mengikut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen sebelum ini, kesalahan menghendap itu merangkumi perbuatan mengekori; berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dalam sebarang cara; berlegar-legar di kediaman atau tempat kerja seseorang; dan memberi atau menghantar apa-apa sahaja kepada seseorang dalam sebarang cara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika membentangkan RUU itu sebelum ini berkata, individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan menghendap boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut pindaan terhadap Kanun Keseksaan itu, kesalahan menghendap dimasukkan ke dalam peruntukkan berkenaan melalui Seksyen 507A.

Terdapat empat fasal di bawah pindaan itu iaitu yang merangkumi definisi perbuatan menghendap, dan jenis hukuman yang boleh dikenakan terhadap tertuduh jika sabit kesalahan.

Turut diluluskan berkaitan menghendap ialah RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No 2) 2022.

Menurut naskhah biru, Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan bertujuan untuk memberi menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Artikel Berkaitan:

Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan bab baharu XA ke dalam Akta 593 untuk memberi mahkamah kuasa, atas permohonan, untuk mengeluarkan suatu perintah perlindungan terhadap seseorang yang sedang disiasat bagi atau dipertuduh dengan kesalahan menghendap di bawah seksyen baharu 507A Kanun Keseksaan.

Dan yang terakhir Fasal 3 bertujuan untuk meminda Jadual Pertama kepada Akta 593 berbangkit daripada kemasukan kesalahan baharu menghendap ke dalam Kanun Keseksaan.