Jangan biadab, Mukhriz tempelak dakwaan Azmin

Mukhriz
Mukhriz
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mempersoalkan dakwaan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kononnya bersembang selama dua jam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan episod 'Langkah Sheraton', baru-baru ini.

Beliau juga menempelak supaya Azmin tidak bersikap biadab kerana mendakwa Dr Mahathir lupa sebab beliau meletak jawatan perdana menteri ketika itu.

"Azmin Ali, jangan kurang ajar! Bila masa Dr Mahathir duduk sembang 2 jam dengan awak? Azmin memang penipu besar!

"Dengan pemimpin penipu macam ni, rakyat wajib tolak #PerikatanNasional di PRU15 ini," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Ahad.

Sebuah portal melaporkan, Azmin mendakwa Dr Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri pada 2020 kerana sikap pelupanya.

Beliau dipetik berkata, perkara itu didedahkan selepas mengadakan pertemuan bersama Dr Mahathir, baru-baru ini.

“Tun Dr Mahathir pun pening, akhirnya dia letak jawatan. Dia panggil saya baru-baru ini, dia kata Azmin apa berlaku di Langkah Sheraton, saya kata tak ada langkah (Sheraton).

“Saya duduk dua jam bersama Tun dan saya kata tidak ada langkah cuma makan-makan sahaja.

Artikel Berkaitan:

“Tun letak jawatan kenapa? Itulah, entah saya lupa,” kata Azmin mengulangi percakapan Dr Mahathir di hadapan lebih 3,000 ahli PN, pada majlis di Shah Alam.