UMNO kembali runding Pas jika penuhi tiga syarat: Ahmad Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Foto Bernama.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Foto Bernama.
A
A
A

ALOR GAJAH - UMNO akan kembali ke meja rundingan dengan Pas berhubung kerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika parti itu memenuhi tiga syarat ditetapkan, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, tiga syarat berkenaan telah dikemukakan kepada Pas ketika beliau bertemu dengan Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Ditanya apakah tiga syarat tersebut, Ahmad Zahid berkata:"Saya telah nyatakan itu ((kepada Pas), lebih baik saya tidak menyebutkannya”

Mereka (Pas) mengetahui syarat-syarat itu dan kalau mereka memenuhi syarat-syarat itu baharu rundingan boleh dilakukan dengan mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutup "Boot Camp” BNComms, di sini hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi BN berkata, permuafakatan antara UMNO dan Pas untuk menghadapi PRU15 akan 'kekal di takuk lama' jika tiada keputusan rasmi daripada Pas.

"Selagi Pas tidak membuat keputusan secara rasmi selagi itu kita tidak dapat merungkaikan apa juga isu dan perkara-perkara yang menjadi perbezaan antara kedua-dua parti," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: