Sorok dadah di badan modus operandi popular

Mohmad (depan) yang diiringi Aidi (kiri) menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Pulapol Dungun di Rantau Abang, Dungun semalam.
Mohmad (depan) yang diiringi Aidi (kiri) menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Pulapol Dungun di Rantau Abang, Dungun semalam.
A
A
A

DUNGUN - Sorokkan di badan dan ruang dicipta khas dalam bagasi menjadi modus operandi popular yang digunakan pengedar untuk menyeludup dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, terbaru, dadah turut dibungkus dalam bungkusan bertulis 'boarding pass' syarikat penerbangan yang lengkap butiran penerbangan di belakangnya.

Menurut beliau, ada juga dadah diseludup dalam bentuk cecair dan ada yang dijemur dan dikeringkan.

Katanya, pelbagai taktik digunakan oleh pengedar dadah dan ia berubah-ubah mengikut masa untuk mengelirukan agensi penguat kuasa termasuk polis.

"Macam-macam cara mereka gunakan tapi kita berjaya patahkan taktik mereka dengan kerjasama agensi antarabangsa hasil berkongsi maklumat dan kepakaran.

"Dadah paling popular diseludup ke negara ini antaranya methamphetamine, syabu, eramin 5 dan heroin," katanya selepas merasmikan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Dungun di Kuala Abang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Penolong Pengarah (Latihan) Bukit Aman, Datuk Nerita Yaacob dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail.

Katanya, taktik pengedar membungkus dadah ke dalam bungkusan bertulis 'boarding pass' syarikat penerbangan itu dikesan Polis Daerah Seri Alam pada Rabu minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Dalam kes itu, pas masuk penerbangan disumbat dengan serbuk ekstasi untuk mengaburi pihak berkuasa namun taktik itu berjaya dihidu.

Polis merampas enam ‘boarding pass’ berkenaan sebelum pemeriksaan membawa kepada penemuan 61 bungkusan serbuk ekstasi yang dipek ke dalam bungkusan pewangi.