2 beradik maut kena renjatan: Siasatan awal TNB tiada wayar putus

Wakil TNB menziarahi keluarga yang kematian dua orang kanak-kanak lelaki akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Teras Jernang, Kajang pada Jumaat.
Wakil TNB menziarahi keluarga yang kematian dua orang kanak-kanak lelaki akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Teras Jernang, Kajang pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan sedang melakukan penyiasatan bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) berhubung kematian dua orang kanak-kanak lelaki akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Teras Jernang, Kajang pada Jumaat.

TNB dalam kenyataan berkata, siasatan awal bagaimanapun mendapati tiada wayar talian yang terputus daripada tiang TNB dan menimpa bumbung rumah mangsa seperti dakwaan pihak tertentu.

“Justeru, TNB meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai punca kejadian sehingga siasatan selesai sepenuhnya dan sebagai menghormati keluarga mangsa.

“Wakil TNB telah menziarahi keluarga mangsa dan turut menyerahkan sumbangan ihsan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Selain itu, TNB turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas kejadian yang menimpa kanak-kanak berkenaan.

“Susulan kejadian itu, TNB telah menghantar wakil menziarahi keluarga mangsa dan amat bersimpati atas kejadian menimpa dua beradik yang dilaporkan sedang bermain air semasa terkena renjatan daripada kebocoran arus,” ujarnya.

Pada Jumaat, dua orang kanak-kanak lelaki yang berusia 10 dan 9 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik ketika bermain di luar rumahnya di Kampung Teras Jernang, Kajang pada petang Jumaat.

Artikel Berkaitan: