KPNDHEP KL rampas barang tiruan RM3.9 juta

KPDNHEP Kuala Lumpur merampas pelbagai barang tiruan mencecah RM3.9 juta setakat September.
KPDNHEP Kuala Lumpur merampas pelbagai barang tiruan mencecah RM3.9 juta setakat September.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur merampas pelbagai barang tiruan bernilai RM3.9 juta pada tahun ini.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Kuala Lumpur, Nurul Syarina Md Anuar berkata, jumlah itu membabitkan tempoh sembilan bulan bermula Januari.

Menurutnya, antara jenis barangan yang dirampas adalah pakaian, aksesori telefon bimbit, beg tangan, dompet, minyak wangi dan tablet.

"Berdasarkan rekod KPDNHEP Kuala Lumpur, bermula Januari sehingga September tahun ini sebanyak 155,891 unit barangan tiruan menggunakan jenama terkenal dengan nilai RM3.9 juta telah dirampas.

"Sepanjang tempoh Ops Jeriji 3.0 itu juga, seramai 31 individu telah ditahan terdiri daripada 17 warga tempatan dan 14 warga asing," katanya kepada Sinar Harian.

Antara barangan yang dirampas KPDNHEP Kuala Lumpur mencecah RM3.9 juta setakat September tahun ini
Antara barangan yang dirampas KPDNHEP Kuala Lumpur mencecah RM3.9 juta setakat September tahun ini

Tambahnya, bagi tempoh September sahaja, KPDNHEP Kuala Lumpur telah menyita 28,711 unit barangan tiruan menggunakan pelbagai jenama terkenal melibatkan nilai rampasan sebanyak RM626,283.50.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan helah sindiket barang tiruan yang mengiklankan barangan secara umpanan yang tidak munasabah terutamanya dari segi harga.

Artikel Berkaitan:

"Pembelian secara dalam talian bagi barangan jenama terkenal hendaklah dibuat dengan sangat teliti dan berhati-hati bagi mengelakkan kerugian kepada pengguna. Barangan yang dijual tanpa mendapat kebenaran pemilik cap dagang, ia adalah tiruan.

"Kita percaya ada pihak yang mengambil kesempatan menjual barangan tiruan menerusi platform dalam talian (online). Dalam hal ini, kita akan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk mengatasinya," ujarnya.

Anggota penguat kuasa KPDNHEP Kuala Lumpur melakukan rampasan pelbagai barang tiruan dalam Ops Jeriji 3.0
Anggota penguat kuasa KPDNHEP Kuala Lumpur melakukan rampasan pelbagai barang tiruan dalam Ops Jeriji 3.0

Jelas Nurul Syarina, pihaknya berharap pengguna sentiasa berhati-hati semasa melakukan pembelian sama ada secara dalam talian atau pun di premis-premis fizikal agar tidak mudah terpedaya dengan taktik penjualan barangan tiruan ini.

Tambahnya, sekiranya orang ramai mempunyai maklumat mengenai aktiviti penjualan barangan tiruan, aduan boleh disalurkan kepada KPDNHEP Kuala Lumpur melalui pelbagai medium penyaluran aduan yang telah disediakan seperti Portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, Call Centre 1800 886-800, aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245 / 6088 dan WhatsApp ke 019-279 4317.