Pimpinan UMNO mula tiba, hadiri Mesyuarat MKT

Ahmad hadir di Menara Dato Onn, pada Jumaat. - Foto Bernama
Ahmad hadir di Menara Dato Onn, pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan UMNO tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi menghadiri Mesyuarat Biro Politik UMNO, pada Jumaat.

Antaranya, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Kehadiran pimpinan tersebut juga bagi menyertai Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan bermula malam ini.

Perbincangan Mesyuarat MKT UMNO itu dipercayai membincangkan mengenai tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Petugas media difahamkan telah berada di pekarangan lobi Menara Dato Onn, WTC sejak jam 2.30 petang bagi membuat liputan mengenai mesyuarat berkenaan.

Saarani ketika hadir di Menara Dato Onn pada Jumaat. - Foto Bernama
Saarani ketika hadir di Menara Dato Onn pada Jumaat. - Foto Bernama

Pada 19 September, media melaporkan Ismail Sabri berkata bahawa pertemuan dengan lima kepimpinan tertinggi UMNO adalah bagi membincangkan tarikh PRU-15 akan diadakan dalam masa terdekat mungkin sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan.

Pada 16 September lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa Mesyuarat MKT UMNO yang dijadualkan berlangsung pada 17 September ditangguhkan ke 30 September.

Artikel Berkaitan:

Ujar Ahmad Maslan, penangguhan itu ekoran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden parti terlibat dengan Majlis Perasmian Sukan Malaysia (Sukma) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada malam berkenaan.