Polis terima dua laporan dakwa kes culik di Gombak

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

GOMBAK - Polis Gombak mengesahkan telah menerima dua laporan polis berkaitan dakwaan cubaan culik di daerah tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu bapa serta penjaga murid melibatkan dua sekolah berbeza di daerah Gombak tentang kejadian tersebut.

"Kita masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengesahkan kesahihan kejadian yang didakwa pengadu sebagai cubaan culik.

"Oang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih dan boleh menggugat ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Noor Ariffin berkata, pihaknya telah terkesan satu surat yang tular daripada Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Samudra, Batu Caves kepada Ibu Bapa/Penjaga murid sekolah berkenaan pada Selasa.

"Hasil siasatan awal mendapati surat berkenaan dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Samudra Batu Caves kepada ibu bapa dan penjaga murid sekolah berkenaan," katanya.

Beliau berkata, surat tersebut adalah inisiatif pihak sekolah sebagai peringatan dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Pihak sekolah telah mengesahkan tiada sebarang kejadian culik berlaku di sekolah tersebut," ujarnya.

Artikel Berkaitan: