Pelancongan antarabangsa pulih: Agensi PBB

Pemulihan sektor pelancongan paling kukuh dilaporkan di Eropah dan Asia Barat. - Foto Xinhua
Pemulihan sektor pelancongan paling kukuh dilaporkan di Eropah dan Asia Barat. - Foto Xinhua
A
A
A

MADRID - Pelancongan antarabangsa terus menunjukkan tanda-tanda pemulihan, tetapi tidak mungkin mencapai tahap sebelum pandemik dalam masa terdekat, menurut Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) pada Isnin.

Menurut Barometer Pelancongan Dunia terbaharu yang diterbitkan oleh agensi yang berpangkalan di Madrid itu, dianggarkan 474 juta ketibaan pelancong antarabangsa dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, iaitu bersamaan 57 peratus daripada jumlah ketibaan pelancong antarabangsa dalam tempoh yang sama sebelum pandemik Covid-19, lapor Xinhua.

Pemulihan paling kukuh dilaporkan di Eropah dan Asia Barat, dengan jumlah ketibaan pelancong antarabangsa masing-masing merekodkan 74 peratus dan 76 peratus daripada 2019.

Meskipun "optimis bahawa situasi itu akan kembali pulih secara perlahan-lahan” pada tahun 2022, agensi PBB percaya "persekitaran ekonomi yang tidak menentu" telah "menghalang prospek untuk kembali ke tahap prapandemik dalam tempoh terdekat".

Hal ini disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan kadar inflasi yang tinggi, hingga mengakibatkan kos pengangkutan dan penginapan menjadi lebih mahal serta kuasa beli dan simpanan pengguna terbeban, menurut agensi PBB itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: