Terima kasih kerajaan: Sultan Johor

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia di atas keputusan menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom yang diiktiraf di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

"Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mendengar suara rakyat untuk membatalkan perjanjian Statut Rome yang telah ditandatangani pada bulan Mac yang lalu.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kerana menghormati dan menerima pandangan Majlis Raja-Raja," titahnya seperti dipetik dari laman Facebook rasminya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini hari ini.

Sultan Ibrahim turut bertitah menzahirkan harapan kepada kerajaan agar sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat berbanding politik.

"Saya akan memastikan kedaulatan negara dan keharmonian hidup rakyat akan sentiasa dipelihara," titahnya.

Artikel Berkaitan: