Bajet 2023 tumpu pemulihan ekonomi

Mustapa (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang SPM, STPM & STAM 2021 di Jeli pada Ahad.
Mustapa (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang SPM, STPM & STAM 2021 di Jeli pada Ahad.
A
A
A

JELI - Pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober depan akan memberikan tumpuan kepada pemulihan ekonomi selepas negara memasuki fasa peralihan endemik Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemulihan itu merangkumi langkah-langkah transformasi yang meliputi pembaharuan jangka sederhana dan panjang.

Transformasi itu bagi memastikan ekonomi negara lebih berdaya tahan dan mampu mendepani cabaran ketika ini.

"Kita harus tampil dengan langkah-langkah pembaharuan, jika terus dengan cara lama sudah pasti usaha ini tidak akan berjaya (pemulihan ekonomi)," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang SPM, STPM & STAM 2021 di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan memberikan tumpuan kepada peningkatan kesihatan susulan pandemik Covid-19.

"Usaha itu telah mencapai kejayaan apabila jumlah jangkitan harian Covid-19 berjaya dibendung dengan begitu baik," ujar beliau.

Ahli Parlimen Jeli itu berkata, kejayaan melawan Covid-19 menjadi pemangkin kepada kerajaan untuk memastikan inflasi terkawal, lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus dibantu.

"Apa yang penting kita nak pastikan ekonomi kita akan tumbuh sebagaimana ditetapkan iaitu 5.6 hingga 6.4 peratus," katanya.

Artikel Berkaitan: