PRU15 dijangka cecah RM2 bilion: Mustapa Mohamed

Mustapa (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang SPM, STPM & STAM 2021 di Jeli pada Ahad.
Mustapa (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang SPM, STPM & STAM 2021 di Jeli pada Ahad.
A
A
A

JELI - Kos Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka cecah RM2 bilion jika ia diadakan dalam masa terdekat, tegas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, hal ini kerana kos PRU lalu lebih RM1 bilion apabila dilakukan secara serentak.

"Jika ia diadakan dua kali iaitu Parlimen dalam masa terdekat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama kemudian... sudah tentu kos meningkat dua kali ganda.

"Itu belum lagi melibatkan pengundi yang tinggal jauh seperti di Sabah dan Sarawak, mereka perlu memikirkan kos untuk pulang mengundi.

"Jika PRU diadakan dua kali kos tambang akan meningkat dan membebankan mereka," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang SPM, STPM & STAM 2021 di sini pada Ahad.

Mustapa berkata, satu perkara lagi ialah parti yang terlibat perlu berkempen dua kali, berperang mulut dan banyak lagi.

Sebelum ini Sinar Harian pada Jumaat melaporkan PRU15 sesuai dilaksanakan pada bulan Mac 2023, selepas sambutan Aidilfitri atau ketika musim cuti sekolah bagi memastikan keselesaan rakyat untuk turun mengundi.

Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (Pintar), Profesor Dr Mohd Roslan Mohd Nor berpandangan, pilihan raya pada waktu ini belum sesuai dilakukan berdasarkan konteks suasana negara dan rakyat.

Artikel Berkaitan: