Anwar didakwa takut tanding di kawasan majoriti Melayu

Mohd Rashid
Mohd Rashid
A
A
A

JOHOR BAHRU - Desas-desus menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melepaskan kerusi Parlimen Port Disckson untuk bertanding di Parlimen Ampang memperlihatkan seolah-olah bahawa beliau tidak yakin untuk menang di kawasan majoriti Melayu.

Exco Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Mohd Rashid Hasnon mempersoalkan Ketua Pembangkang itu yang dikatakan memilih bertanding di Parlimen Ampang iaitu kawasan campuran yang hanya mempunyai 51 peratus pengundi Melayu dan 32 peratus pengundi Cina.

"Anwar kini menyasarkan kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Ini memang kerusi pilihan bagi pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang langsung tidak yakin dapat sokongan pengundi Melayu.

"Anwar sebagai calon Perdana Menteri daripada PH sebenarnya takut berdepan dengan pengundi Melayu pada PRU15.

"Mengapa Anwar tidak memilih untuk bertanding di kawasan 'Malay heartland'? Apakah Anwar tahu PH telah hilang besar sokongan masyarakat Melayu?" soalnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau mendakwa, Anwar suka berceramah mengenai nasib petani, nelayan dan peniaga kecil tetapi takut mencuba nasib untuk berhadapan pengundi-pengundi di kawasan Melayu tegar.

"Apakah ini keberanian pemimpin Melayu ulung PH? Walaupun kami dicaci sebagai ‘pengkhianat’ semata-mata kerana menolak tamak kuasa Anwar dan Parti Keadilan Rayat (PKR), kami berani bertanding di kawasan Melayu tegar dan yakin sokongan padu mereka " ujarnya.

Belia berkata, punca PH hilang sokongan Melayu adalah kegagalan kerajaan PH semasa 22 bulan berkuasa selepas menabur pelbagai janji semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Batu Pahat itu mendakwa, kerakusan Anwar dan penyokongnya untuk merampas jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah melumpuhkan kerajaan sehingga 'tenat'.