Projek tebatan banjir: SPRM tahan empat individu

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu susulan serbuan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Isnin lalu dipercayai berkaitan siasatan kes projek tebatan banjir mega bernilai ratusan juta ringgit.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, empat individu itu terdiri daripada seorang kontraktor dan tiga pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

Menurutnya, kesemua individu berusia lingkungan 36 hingga 56 tahun telah direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

"Tiga individu direman bermula Selasa manakala seorang lagi pada Rabu.

"Siasatan masih dijalankan dan SPRM tidak tolak kemungkinan akan ada penahanan susulan untuk tindakan lanjut. SPRM juga akan memanggil beberapa saksi bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor mengesahkan SPRM menyerbu MBSA pada Isnin.

Kata Zamani, kenyataan daripada pihaknya hanya akan dikeluarkan selepas agensi berkenaan mendapat laporan penuh daripada SPRM.

Media sebelum ini melaporkan salah seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang enggan dikenali mengatakan bahawa serbuan yang dibuat oleh oleh SPRM dipercayai mempunyai kaitan dengan projek tebatan banjir.

Artikel Berkaitan: