Operator ECRL maut dilanggar van sekolah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN – Seorang Operator Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) maut apabila motosikal ditunggangnya dilanggar oleh sebuah van sekolah dalam kejadian di Jalan Kuantan - Sg Lembing, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu, Muhammad Azrie Azmi, 26, yang beralamat dari Felda Bukit Bading, Ajil, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan pemandu van dari arah Sungai Lembing menghala ke Kuantan.

Menurutnya, sebaik sahaja pemandu van sekolah tiba lokasi kejadian, mangsa secara tiba-tiba melintas di hadapan pemandu van terbabit.

"Disebabkan jarak terlalu dekat, van tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal ditunggang mangsa.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Tambahnya, kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: