ZPP lancar aplikasi MaiZakat

Ahmad Zakiyuddin (tiga dari kanan) ketika melancarkan aplikasi MaiZakat dalam Majlis Iltizam Khaira Ummah 2030 di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam pada Jumaat.
Ahmad Zakiyuddin (tiga dari kanan) ketika melancarkan aplikasi MaiZakat dalam Majlis Iltizam Khaira Ummah 2030 di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam pada Jumaat.
A
A
A

KEPALA BATAS - [DIKEMAS KINI] Zakat Pulau Pinang (ZPP) melancarkan aplikasi MaiZakat bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan agensi berkenaan selain menyediakan pelbagai informasi terkini mengenai pengurusan zakat di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amran Hazali berkata, aplikasi MaiZakat yang dibangunkan sejak 2021 itu menyediakan platform untuk orang ramai membuat permohonan, aduan atau mengemukakan sebarang laporan yang berkaitan asnaf.

Menurutnya, beberapa ciri menarik juga disediakan untuk pengguna antaranya membayar zakat, menyemak rekod bayaran zakat, kira zakat atas talian dan banyak lagi.

"Sebelum ini, ZPP telah melancarkan portal zakatpenang2u.com yang mana kemudahan ini telah memanfaatkan lebih 70,000 orang pembayar zakat dan 53,000 penerima zakat sedia ada.

"Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, kita memperkenalkan pula aplikasi MaiZakat yang akan memenuhi aspirasi orang ramai dalam menjalankan urusan zakat dengan lebih mudah dan pantas hanya di hujung jari sahaja," katanya ketika ditemui media selepas pelancaran aplikasi MaiZakat dalam Majlis Iltizam Khaira Ummah 2030 di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam di sini, pada Jumaat.

Hadir merasmikan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ir Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Amran berkata, kejayaan membangunkan aplikasi MaiZakat ini adalah bertepatan dengan visi kerajaan negeri, menerusi “Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara yang merupakan hala tuju utama kerajaan negeri di peringkat akar umbi.

Beliau berharap orang ramai khususnya umat Islam di Pulau Pinang tidak melepaskan peluang untuk muat turun aplikasi berkenaan di telefon pintar masing-masing kerana ia menyediakan pelbagai informasi berguna berkaitan pengurusan zakat di negeri ini.

Artikel Berkaitan: