Gempar air longkang bertukar warna jingga

Air longkang bertukar warna jingga yang dikesan berlaku di Kampung Jawa berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batu Ampat Klang pada Khamis.
Air longkang bertukar warna jingga yang dikesan berlaku di Kampung Jawa berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batu Ampat Klang pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Penduduk di sekitar Kampung Jawa berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batu Ampat Klang gempar berikutan air longkang bertukar warna jingga.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan, susulan aduan penduduk itu, pasukan penguat kuasa bergegas ke lokasi kejadian pada petang Khamis.

Menurut kenyataan itu, siasatan awal mendapati air longkang berubah warna berpunca daripada sebuah kedai barangan perkakasan yang menjalankan kerja cucian lantai akibat tumpahan tong cat di premis berkenaan.

"Pemilik premis telah diberikan arahan untuk segera menyedut air berwarna dan mengemukakan laporan kerja-kerja pembersihan kepada pihak JAS untuk semakan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: