LTdL kekal status Pro Series

LTdL 2020 yang lalu.
LTdL 2020 yang lalu.
A
A
A

PIHAK Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) lega apabila Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) meluluskan permohonan bagi mengekalkan status Pro Series bagi Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL).

Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, kelulusan berkenaan dibuat secara sebulat suara daripada pihak Lembaga Pengarah bagi mengekalkan status berkenaan (Pro Series) pada mesyuarat yang berlangsung di Wollonglong, Australia baru-baru ini.

"Ketika mesyuarat, saya menekankan yang LTdL adalah salah satu siri Jelajah di Asia yang sudah lama dibentuk di Asia, menonjol dan memainkan peranan penting dalam pembangunan berbasikal di rantau ini serta dunia.

“Oleh sebab itulah status Pro Series ini dikekalkan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

PKBM sebelum ini mengemukakan permohonan berhubung mengekalkan status Pro Series bagi LTdL Julai lalu.

Setelah permohonan mengekalkan status Pro Series dikekalkan, LTdL kini bakal menjadi salah satu perlumbaan utama di rantau ini.

Untuk rekod, Pro Series mula diperkenalkan pada 2019 dengan status berkenaan 'ditauliahkan' kepada LTdL selama tiga tahun dari tahun 2020 sehingga 2022.

LTdL 2022 dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 18 Oktober 2022 dengan penyertaan daripada enam pasukan World Tour seperti Lotto Soudal, Movistar, Cofidis, EF Education-Easypost dan Astana Qazaqstan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Amarjit berkata, pihaknya gembira apabila wakil yang hadir menerima permohonan berkenaan turut menyaksikan keputusan sebulat suara diputuskan oleh Ahli Lembaga UCI bagi mengekalkan status Pro Series bagi LTdL.

“Secara tidak langsung, wakil berkenaan dapat melihat sendiri bahawa keputusan mengekalkan status Pro Series pada LTdL adalah hasil keputusan sebulat suara daripada Ahli Lembaga UCI,” katanya.