Amaran ribut petir di sembilan negeri

Kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan sembilan negeri sehingga jam 9 pagi, Khamis.

MetMalaysia menerusi kenyataan dikeluarkan pada jam 4.50 pagi memaklumkan sembilan negeri berkenaan ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Kedah kawasan terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Di Pahang pula membabitkan Rompin manakala Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Selain itu di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Kawasan di Johor pula melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Artikel Berkaitan: