54.6 hektar padi rosak akibat kemarau

Mazlan dan Nik Mohd Shaharil melihat pokok padi yang rosak akibat cuaca kering dan panas yang berpanjangan.
Mazlan dan Nik Mohd Shaharil melihat pokok padi yang rosak akibat cuaca kering dan panas yang berpanjangan.
A
A
A

MACHANG - Sebanyak 54.6 hektar padi di jajahan ini rosak akibat cuaca kering dan panas yang berpanjangan sejak awal Februari lalu melibatkan tiga kawasan, Bendang Pangkal Mempelam/Gaung, Bendang Batu 31 dan Bendang Pangkal Chuit di sini.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia, Datuk Mazlan Aliman berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut dengan mengambil kira kebajikan petani yang terlibat.

Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pertanian bagi mengumpulkan maklumat penuh mengenai tahap kerugian yang dialami petani akibat cuaca panas yang berpanjangan itu.

Tambahnya, pesawah yang dikenal pasti dan disahkan terbabit layak menerima bantuan bencana sekaligus membantu meringankan beban kerugian mereka.

"Selain bantuan bencana, kita juga perlu mengambil tindakan segera bagi mengelakkan lebih banyak bendang mengalami nasib yang sama akibat cuaca ekstrem ini. Pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan mengambil tindakan segera dengan mengenal pasti kawasan-kawasan berpotensi mengalami nasib yang sama sebelum tindakan susulan diambil.

"Telaga tiub akan dibina di kawasan-kawasan yang terlibat sekaligus membantu petani-petani sebelum terlambat. Pada ketika ini, kita tidak memiliki sebarang dana khas namun kita tidak akan berdiam diri. Kita akan lihat apa yang boleh kita bantu dan salah satu daripadanya adalah pembinaan telaga tiub," katanya kepada Sinar Harian pada Program Turun Padang ke projek padi yang terjejas akibat kemarau 2019 di Bendang Batu 31, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: