Sekumpulan Orang Asli kembali ke hutan akibat cuaca panas

A
A
A
Sekumpulan Orang Asli suku Semaq Beri berehat di khemah yang didirikan semasa tinjauan di penempatan sementara mereka di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Fenomena cuaca panas yang melanda negara pada masa ini, menyebabkan sekumpulan Orang Asli itu meninggalkan perkampungan mereka di Kampung Sungai Berua dan berpindah ke dalam hutan.

Sudah menjadi kelaziman bagi mereka meninggalkan kediaman masing-masing dan berpindah ke dalam hutan di sekitar Tasik Kenyir pada setiap kali musim panas.

Sebanyak 20 keluarga Orang Asli itu berbuat demikian kerana keadaan di dalam hutan lebih sejuk, selain mampu mengurangkan risiko anak kecil mereka diserang demam panas.

Mereka bukan menetap di suatu tempat sahaja dalam hutan tersebut, malah akan pindah ke lokasi lain dalam tempoh tertentu memandangkan mereka juga bekerja dengan mencari hasil hutan sebagai sumber pendapatan.