Polis rakam keterangan dua beradik disyaki didera

Laporan Sinar Harian (Gambar kecil: Mohamad Farouk)
Laporan Sinar Harian (Gambar kecil: Mohamad Farouk)
A
A
A

AMPANG - Polis telah merakam keterangan dua kanak-kanak disyaki didera sepasang suami isteri di sebuah kondominium di Taman Cahaya di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dua kanak-kanak berusia enam dan lapan tahun itu telah dirakam keterangan di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Bahagian Siasatan Seksual, Wanita & Kanak-Kanak (D11) di sini pada Isnin.

"Siasatan lanjut masih diteruskan, kita juga telah merekod keterangan beberapa individu lain berhubung kes itu.

"Kertas siasatan dijangka akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada Jumaat, media melaporkan polis menahan kedua-dua suspek kira-kira jam 6 petang selepas disyaki mendera dua beradik terbabit.

Suspek wanita adalah adik kepada ibu mangsa yang menjaga dua beradik itu sejak dua tahun lalu selepas bapa kanak-kanak itu meninggal dunia.

Sepasang suami isteri itu direman seminggu bagi membantu siasatan selepas disyaki mendera dua anak saudara mereka.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang berada seorang diri di rumah cuba terjun dan melarikan diri dari tingkap sebuah unit kondominium di tingkat empat.

Artikel Berkaitan: