Kanak-kanak lelaki dipercayai didera nekad larikan diri

Mangsa yang disyaki didera berdasarkan kesan pada tubuh badannya berjaya diselamatkan oleh orang awam.
Mangsa yang disyaki didera berdasarkan kesan pada tubuh badannya berjaya diselamatkan oleh orang awam.
A
A
A

AMPANG - Seorang kanak-kanak lelaki bertindak nekad melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat sebuah kondominium di sini selepas dipercayai didera dan dikurung pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kanak-kanak itu dilihat berdiri di belebas tingkap oleh orang awam yang menghubungi talian kecemasan pada jam 4.41 petang.

"Seorang kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia lapan tahun dipercayai dikurung di dalam bilik cuba melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat (kondominium).

"Kejadian disedari orang awam yang telah memecahkan pintu rumah terbabit dengan bantuan pengawal keselamatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Norazam berkata, mangsa yang disyaki didera berdasarkan kesan pada tubuh badannya berjaya diselamatkan oleh orang awam.

"Ketika kejadian tidak dapat dipastikan kanak-kanak berkenaan tinggal dengan siapa. Kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: